Azab merupakan balasan yang telah Allah SWT tentukan. Seseorang yang hidup di dunia dengan amal dan perbuatan yang di ridhoi Allah tentunya akan terhindar dari azab yang pedih di alam kubur dan akhirat nanti.
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya sebagai penggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Namun, pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seoarang alim atau ahli ibadah untuk menyatakan kesalahannya dan dengan keinginan bertaubat kepada Allah SWT.
Namun ternyata, selama ia melakukan pekerjaan sebagai penggali dan pencuri kain kafan itu, ia melihat beberapa perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat yang sudah dikuburi itu. Apa sajakah perkara yang dilihat oleh pencuri kain kafan yang insaf itu? Berikut ulasan selengkapnya.
Mayat yang Tidak Menghadap Kiblat
Pencuri kain kafan itu bercerita pada ahli ibadah sebagai berikut. “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencari kain kafan, aku melihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku melihat wajahnya berbalik membelakangi kiblat. Mengapa terjadi begitu wahai tuan guru?”
Lalu ahli ibadahpun menjawabnya, “Wahai anak muda mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah SWT sewaktu hidupnya. Lantaran Allah menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari hadapan kiblat untuk membedakan mereka dari golongan muslim”
Mayat Yang Dengan Wajah Tak Elok
Sambung pemuda insyaf itu bercerita, “Golongan kedua, aku melihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke liang lahat. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, kulihat wajah mereka telah bertukar menjadi babi, mengapa begitu wahai tuan guru?”
Ahli ibadahpun menjawab pertanyaan pemuda insyaf itu kembali. “Wahai anak muda, mereka itulah yang meremehkan dan meninggalkan solat semasa hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali di hisab. Jika sempurna solat, sempurnalah amal-amal kita yang lain”.
Mayat Dengan Perut Gelembung Disertai Keluarnya Ulat
Pemuda itu menyambung lagi ceritanya. “Wahai tuan guru, golongan ketiga yang aku lihat pada waktu siang, mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja, ketika aku menggali kuburnya pada malam hari, aku lihat perutnya terlalu gelembung dan disertai keluarnya ulat dari perutnya”
Lalu ahli ibadah menjawab, “Mereka itulah golongan yang gemarmemakan harta yang haram, wahai anak muda”.
Mayat Berubah Menjadi Batu Bulat Dan Hitam
“Golongan keempat, aku melihat jasad yang mayatnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapakah demikian wahai tuan guru?”
“jawab ahli ibadah itu, “Wahai anak muda, itulah golongan yang durhaka kepada ibu dan bapaknya sewaktu semasa hidupnya”.
Mayat yang Terapung Dipenuhi Dengan Air Hitam Nan Bau
“Wahai guru, golongan keenam yang aku lihat adalah sewaktu siang kuburannya kering kerontang. Namun ketika malam aku lihat mayat itu terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya”
Lalu sang ahli ibadah menjawab kembali, “Itulah golongan yang memakan harta Riba sewaktu hidupnya”.
Mayat Dengan Kuku Panjang Melilit Seluruh Tubuhnya
“wahai guru, aku juga melihat golongan mayat yang kukunya amat panjang hingga membelit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuhnya”.
Sang ahli ibadahpun menjelaskan maksud yang ia lihat, “Wahai anak muda, itulah golongan yang gemar memutuskan silaturahmi. Semasa hidupnya, mereka suka melakukan pertengkaran dan tidak bertegur sapa labih dari pada 3 hari”
Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, "siapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari, bukanlah termasuk ke dalam golonganku," Jelas sang ahli ibadah.
Mayat Dengan Senyuman dan Wajah Yang Berseri-Seri
“Wahai guru, adapun golongan terakhir yang aku lihat adalah mayat yang senantiasa tersenyum dan wajah yang berseri-seri”.
Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai pemuda mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan memperoleh keridhoan dan kemuliaan di sisi Allah SWT, baik sewaktu hayatnya maupun sesudah matinya.”
Demikianlah tujuh azab yang dilihat oleh pemuda insyaf yang dulunya suka mencuri kain kafan. Ingatlah, sesungguhnya hanya kepada Allah lah kita kembali. Maka kumpulkanlah amal sebanyak-banyaknya ketika berada di dunia. Semoga informasi ini dapat membantu Anda sekalian.
Sumber: http://www.infophoria.com/2015/11/tujuh-azab-yang-dilihat-penggali-dan.html
0 Response to "Tujuh Azab yang Dilihat Penggali dan Pencuri Kafan"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.